Peperiksaan pertengahan tahun dah bermula. Pelajar-pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 tentunya dah mula menyibukkan diri untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu. Bagi Tingkatan 5, peperiksaan bermula pada 7 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013. Pelajar Tingkatan 4 peperiksaan bermula pada 9 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013. Manakala pelajar Tingkatan 3, peperiksaan bermula pada 14 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013.
Mengapa perlu menghadapi peperiksaan?
Peperiksaan dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui
peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan
pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk
membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka
dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan
dalam hidup.
Selain itu,
peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.
Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan
yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu,
mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang
cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.