21 June 2013

JEREBU YANG MELANDA PONTIAN SEMAKIN BURUK. HARI INI SEKOLAH CUTI BERGANTI

 


Keadaan jerebu yang semakin buruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai hari ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti semalam, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian.

Hari ini sekolah-sekolah di Pontian dicutikan. Cuti berganti. Ini disebabkan oleh keadaan jerebu yang bertambah buruk. Pelajar-pelajar yang bercuti diminta duduk dalam rumah dan kurangkan aktiviti luar terutama di kawasan lapang dan terbuka. Gunakan topeng penutup hidung dan mulut. Kesan jerebu yang boleh dirasa setakat ini ialah pernafasan yang tidak selesa, lubang hidung pedih, tekak perit dan mata berair.

Ini ialah SMS yang diterima daripada PPD Pontian mengenai cuti berganti pada hari ini:
'PENTING dan SEGERA, Pengetua dan Guru Besar, Arahan MTN, melalui Pejabat Daerah dan JPNJ,  MENGARAH SEMUA SEKOLAH MELAKSANAKAN CUTI BERGANTI pada 21.6.2013, Jumaat, sila maklumkan kepada JAGA, HEM dan KOKO agar MEMASTIKAN KEPULANGAN pelajar apabila pelajar sampai ke sekolah esok pagi'

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :