12 September 2013

PPPM: MEMANFAATKAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN


Kementerian meneruskan matlamat untuk melayakkan semua secara rasmi mencapai taraf “Sekolah Bestari” (iaitu mencapai standard minimum penggunaan, keupayaan, ketersediaan infrastruktur dan aplikasi ICT) di samping menyepadukan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Berdasarkan penyelidikan semasa terhadap impak dan potensi ICT dalam pendidikan, Kementerian akan menerima guna prinsip berikut sebagai panduan bagi membangunkan strategi ICT:
  • Memastikan keperluan asas disediakan. Sejajar dengancontoh kejayaan pelaksanaan program ICT dalam pendidikan,Kementerian akan menerima guna pendekatan tersusun untuk ICT.Elemen penting dalam penggunaan ICT seperti peralatan, jaringandan aplikasi ICT, kompetensi guru dalam ICT, dan kurikulumserta pentaksiran mesti dimantapkan sebelum beralih kepadapenggunaan ICT yang lebih mendalam dan inovatif;
  • Membangunkan inisiatif daripada asas sedia ada.Kementerian akan memastikan inisiatif selanjutnya dibangunkandaripada program terdahulu. Sebagai contoh, Kementerian akanmemastikan semua inisiatif ICT masa depan akan memperkukuhdan meningkatkan keberkesanan 1BestariNet. Langkah ini bertujuan memaksimumkan ROI bagi program ini dan memastikan 1BestariNet. Projek  1BestariNet bermatlamat menyediakan akses berkelajuantinggi (broadband) kepada setiap sekolah awam di Malaysia,dan menyokong penyepaduan ICT dalam amalan harianmelalui pewujudan satu persekitaran pembelajaran maya(VLE). VLE ialah satu platform untuk guru, ibu bapa dan muridberkomunikasi antara satu sama lain dan berkongsi sumberpembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan VLE untuk memberi tugasan bacaan dan kerja rumah kepada murid,atau berkongsi rancangan pengajaran dengan rakan setugasdari seluruh negara, dan ibu bapa boleh mengakses portfolioanak mereka. VLE ini juga merangkumi sistem pengurusanpembelajaran bagi guru dan pemimpin sekolah untuk menjejakkemajuan tugasan, pentaksiran dan peperiksaan setiap murid.Situasi ini membantu guru menyediakan bantuan  bersasarankepada setiap murid dalam bidang yang amat diperlukan olehmereka. Bagi memastikan guru merealisasikan potensi sistem ini dengan sepenuhnya,  Kementerian akan melatih guru menggunakansistem ini untuk menyepadukan ICT dalam amalan pengajaran.Kementerian juga akan memastikan sekolah dilengkapi denganbilangan peranti ICT yang mencukupi.1BestariNet menjadi pemangkin inovasi ICT dalam pendidikan di Malaysia;
  • Melabur dalam penyelesaian ICT untuk kumpulanberkeperluan khusus. Di sebalik ketaktentuan seperti yangdiutarakan dalam kajian antarabangsa, penyelesaian ICT sedia adamasih boleh dimanfaatkan bagi mewujudkan akses berkesan koskepada sumber pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi bagikumpulan berkeperluan khusus seperti sekolah luar bandar, sekolahkurang murid, dan murid pintar cerdas (rujuk Bab 4); dan
  • Menyandar pada pentaksiran berasaskan keberhasilan.Pentaksiran berasaskan bukti seharusnya menjadi asas menilaipelaburan penting yang berpotensi dalam ICT. Tindakan inimemerlukan penambahbaikan dalam set pengukuran sedia adaseperti Smart School Qualification Standard (SSQS), selaras dengan kewujudan standard antarabangsa. Asas ICT perlu diperkukuh terlebih dahulu sebelum prinsip ini diterima guna. Setelah asas ini dimantapkan, Kementerian akan mempertimbangpeluang untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian berasaskanICT yang inovatif, disokong dengan bukti impak positif yang jelas.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :