08 September 2013

SEJARAH PENERBITAN SULUNG MAJALAH SEKOLAH 'TEGUH'

TEGUH Edisi 1 1999, terbitan sulung.
Penerbitan sulung majalah sekolah dilakukan pada tahun 1999. Ini rentetan daripada perbualan antara Tuan Pengetua  dan Cikgu Hasan b Kasmuri mengenai perlunya menerbitkan sebuah majalah sekolah sebagai satu dokumnetasi untuk diisikan dengan artikel dan foto mengenai aktiviti dan kegiatan yang berlaku di sekolah sepanjang tahun. Cikgu Hasan b Kasmuri yang baru setahun berpindah ke SMK Telok Kerang menerima cadangan Tuan Pengetua iaitu Tn. Hj. Mohd Zini b Abdul Fatah agar Cikgu Hasan mengetuai penerbitan majalah tersebut. 

Atas persetujuan bersama dalam satu perbincangan, guru-guru bersetuju untuk memulakan penerbitan majalah itu pada tahun 1999. Untuk permulaan, penerbitan dilakukan dua tahun sekali iaitu pada tahun ganjil. Jumlah kutipan daripada pelajar ditetapkan iaitu sebanyak RM10.00 seorang untuk membiayai penerbitannya. AJK penerbitan juga akan mencari dana lain sebagai tambahan pembiayaan penerbitan iaitu dengan cara menjual ruang iklan.  Bendahari yang menyimpan semua kutipan ialah Cikgu Junainah bt Barlin.

Pembentukan satu AJK atau pun Sidang Redaksi dibuat pada bulan Februari 1999. Sidang Redaksi itu terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar. Antara tugas Sidang Redaksi adalah mencari bahan-bahan berkaitan untuk diterbitkan, mengambil foto aktiviti sekolah, mencatat aktiviti sekolah, mengumpul dan mengedit dan seterusnya menerbitkan majalah sekolah.

Dalam salah satu mesyuarat AJK, perbincangan telah diadakan untuk menamakan majalah sekolah itu. Banyak nama yang dicadangkan. Di antaranya ialah 'MEKAR', 'SMK TELOK KERANG', 'MAJU', 'JAYA', 'TEGUH' dan 'SINARAN'. Akhirnya AJK bersetuju memilih nama 'TEGUH' sebagai nama majalah. TEGUH adalah cadangan daripada Tuan Pengetua, Hj. Mohd. Zini b Abdul Fatah. 

AJK terus menjalankan kerja mengikut tugas yang telah ditetapkan. Pengumpulan bahan dilakukan sepanjang tahun manakala menyusun dan mengedit artikel dan foto akan dilakukan pada bulan November 1999.  Proses cetakan dilakukan pada bulan Disember 1999. Majalah akan diberi kepada pelajar-pelajar yang membayar pada bulan Februari 2000. Manakala pelajar lepasan Tingkatan 5 akan diberi ketika mereka mengambil keputusan peperiksaan SPM pada Mac 2000. 

Oeh kerana pada masa itu perisian komputer utuk penerbitan mungkin belum cukup tersebar ataupun belum dikuasai oleh guru-guru, proses mengedit foto dan proses penyusunan dilakukan secara manual. Namun berkat kegigihan AJK penerbitan yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar akhirnya pada awal bulan Februari 2000 majalah sulung TEGUH menjadi tatapan guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Telok Kerang. Satu kejayaan yang sungguh manis terutamanya kepada Cikgu Hasan b Kasmuri. Satu sejarah tercipta untuk warga SMK Telok Kerang.

AJK dan Sidang Redaksi TEGUH Edisi 1 1999 (edisi sulung):

Penaung:  En. Mohd. Zini b Abdul Fatah
Pengerusi/Bendahari:  Pn. Junainah bt Barlin
Setiausaha:  En. Hasan b Kasmuri

AJK:
En. Mohd Yassin b Jaafar
Cik Che Ku Fazidah bt Che Ngah
Pn. Tan Yong Hock
Pn. Rokiyah bt Torigon
Cik Gan Choo Eng
Pn. Low Pock Chock
En. Abas b Ahmad
En. Lee Sin Lian

Ketua Editor:  Noraini bt Abdul Rahim
Penolong Ketua Editor:  Zoolhelmi b Ahmed
Bahasa Melayu:  Norasyimah bt Abd Razak
Bahasa Inggeris:  Noraini bt Lachelak
Bahasa Cina:  Oh Yong Hwa
Staff Sekolah:  Ena bt Elias
Iklan:  Marliana bt Yunus
Fotografi:  Kamal Ariffin b Sihat
Sukan:  Mohd Nazri b Abd Rahman
Kelab dan Persatuan:  Maryati bt Mohd Khalid
Unit Beruniform:  Mazni bt Mohd Yusof


Guru-guru pada tahun 1999.

Sidang Redaksi TEGUH Edisi 1 1999.

Menyusun kulit TEGUH Edisi 1 1999.

Menyusun kandungan TEGUH.

Menyusun foto terbitan sulung.

TEGUH Edisi 2 2001.

TEGUH Edisi 3 2003

TEGUH 2008.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :