29 January 2014

LAPORAN PROGRAM PENGHIJAUAN 6: PROJEK LUKISAN MURAL DINDING KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI

Pengenalan 

Projek lukisan mural dinding yang menggambarkan keindahan alam semula jadi ini di buat di dinding-dinding pada Blok E. Lukisan yang menggunakan air brush ini diselia oleh Cikgu Hamisah Mohd Amin. Tujuannya ialah untuk menggambarkan alam semula jadi dan menjadikan dinding-dinding di Blok E ini menjadi lebih ceria. Bertambah indah kawasan ini dengan adanya pokok-pokok pinan dan perabot simen ferro seperti potongan kayu. Ia dibina pada tahun 2013 dan mengambil masa2 minggu untuk menyiapkan. Kewujudannya dikawasan ini memberi satu suasana yang ceria dan menyejukkan mata memandang 

Objektif: 

  1. Menjadikan kawasan sekolah lebih ceria.
  2.  Menjadikan dinding lebih bermakna dengan lukisan bermotifkan alam semula jadi. 
  3. Memberi peluang kepada setiap guru dan murid untuk menyumbang usaha dalam melestarikan kawasan sekolah.


Nama Program: 
Projek Lukisan Mural Dinding Keindahan Alam Semula Jadi 

Hari: 
Projek dibuat oleh guru dan murid-murid semasa cuti sekolah. Ia di senggara oleh guru-guru dan murid-murid semasa kegiatan kokurikulum sepanjang tahun. 

Tanggungjawab: 
Penyediaan:  Cikgu Hamisah Mohd Amin dan ahli-ahli Kelab Pendidikan Seni Visual.
Pengurusan:  Cikgu Hamisah Mohd Amin dan ahli-ahli Kelab Pendidikan SeniVisual. 

Pelaksanaan: 
Di buat pada Mac Mei 2013 dan disenggara sehingga kini. 

Tempat: 
Tempat di kawasan antara Blok D dan Blok E. 

Sasaran: 
Ahli-ahli Kelab Pendidikan Seni Visual SMK Telok Kerang. 

Kos: 
Bahan-bahan melukis mural:  RM300.00 

Dokumentasi Bergambar:





SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :