Hari ini Rabu 9 Julai 2014, buat pertama kalinya Pn. Hjh. Azizah bt Hj Omar, pengetua baru SMKTK mengendalikan mesyuarat guru. Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.15 petang diadakan di Kamar Kencana.
Inti pati mesej Pn. Hjh. Azizah bt Hj Omar:
- Pn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat guru kali ketiga pada tahun ini.
- Pn. Pengetua mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dinaikkan pangkat menjadi pengetua dan ditempatkan di SMK Telok Kerang kerana beliau mendapati guru-guru sangat komited dengan tugas dan disiplin pelajar dalam keadaan yang baik dan terkawal.
- Pn. Pengetua turut mengucapkan selamat datang kepada seorang guru baru iaitu Ustaz Omar bin Maidin.
1. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
Menurut kajian bahagian kementerian pendidikan,
maklumat tentang PPPM masih tidak disebarkan dengan kerap dalam kalangan warga
pendidik. Pihak sekolah dicadangkan oleh kementerian agar mengadakan promosi
seperti:
- Menubuhkan Jawatankuasa PPPM di sekolah.
- Membuat banner / banting
- Pengetua membuat taklimat 5 minit tentang PPPM.
- One stop center (sudut PPPM/ Mural)
- Melalui blog sekolah (blog SMKTK dikendalikan oleh En Hasan b Kasmuri). Pengendali blog sekolah diharap dapat memasukkan maklumat PPPM.
- Laminate maklumat PPPM dan ditampal di papan kenyataan / dalam kelas.
- Diselitkan dalam PP (i-Think dan KBAT)
- Pertandingan melukis poster dalam kalangan guru dan pelajar.
2.
Halatuju Sekolah
- Perancangan sekolah perlu berfokus mengikut panduan SKPM supaya kecemerlangan sekolah boleh ditingkatkan. Diharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama kepada pihak pentadbir.
- SMK Telok Kerang sekarang berada pada tahap BAND 4. Sekolah menetapkan sasaran ke BAND 3. SKPM merangkumi semua bidang termasuklah keputusan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain.
3. Tanggungjawab Guru
Sebagai Penjawat Awam.
- Semua guru perlu ketik kad kehadiran semasa datang dan balik dari sekolah.
- Guru yang hendak keluar dari sekolah perlu ada kebenaran Pengetua/GKP1/GPK HEM/GPK Koko. Guru yang keluar kurang daripda 4 jam perlu direkodkan dalam buku kebenaran keluar di pejabat, manakala lebih daripada 4 jam CRK. Guru yang ke klinik perlu dapatkan time slip.
- Guru yang tidak hadir ke sekolah – maklumkan kepada pengetua / GPK lain untuk dibuat relief.
- CRK adalah satu keistimewaan kepada guru. Dalam 1 hari dibenarkan tidak lebih 3 orang untuk mengambil CRK dan perlu mohon 2@3 hari lebih awal sebelum bercuti.
- Keselamatan semasa aktiviti @ PdP – guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid.
- Laporan Guru Bertugas – masih ada guru yang tidak menghantar laporan guru bertugas mingguan ke pejabat, diharap dapat diambil tindakan segera.
- Kehadiran guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib. Kehadiran akan diambil. Guru mesti berada di astaka sepanjang perhimpunan dijalankan. Bagi guru yang ada masalah kesihatan diberi kelonggaran dan perlu maklumkan kepada pengetua. Diingatkan agar guru menghormati majlis / beri tumpuan dan tidak bercakap-cakap yang keterlaluan. Guru adalah contoh kepada murid.
- Kajian Tindakan – semua guru-guru perlu menghantar satu proposal kajian tindakan. Edaran telah dibuat. Guru perlu buat secara simple. Dua akan terpilih untuk pembentangan di peringkat PPD.
- Sarana Ibu Bapa – perlu diadakan program dan disiapkan laporan.
4. Kurikulum
- Buku Rekod Mengajar (BRM) – perlu ditulis mengikut format. Bahagian refleksi mesti ada bilangan pelajar yang mencapai objektif dan yang tidak capai perlu ada langkah selanjutnya. BRM mesti hantar setiap hari Khamis.
- Penghantaran BRM - Pengetua – Pen. Kanan, Ketua Bidang, Guru Cemerlang dan Guru BK / GPK 1 – Ketua-ketua Panitia dan Guru Pend. Khas / Ketua Bidang – ikut bidang masing-masing.
- Pemantauan/ Penyeliaan PP – kurang 50% yang telah dipantau. Pemantauan akan dibuat 100%.
- Audit akademik – perlu dibuat bagi peperiksaan pertengahan tahun yang lepas ikut panitia masing-masing. Lihat pencapaian pelajar dan perkembangannya. Kenal pasti aktiviti/program untuk memastikan pelajar mencapai ETR.
- Perbelanjaan – Ketua Panitia perlu membuat perbelanjaan ikut peraturan yang ditetapkan.
- Pengurusan panitia – ketua panitia perlu sentiasa mengemas kini fail panitia mengikut keperluan SPSK. Pemantauan SPSK akan dibuat selepas bulan Ogos.
- MMI – aktiviti yang dijalankan perlu kurangkan gangguan waktu PP.
- Relief – guru yang mendapat relief perlu ambil kertas relief dan tandatangan, mesti masuk kelas yang diganti.
5. HEM
- Kurangkan kes-kes disiplin berat / ringan dalam kalangan pelajar.
- Kurangkan peratus ponteng sekolah.
- Program sekolah penyayang perlu diamalkan seperti mengalu-alukan kedatangan pelajar ke sekolah, lawatan ke rumah pelajar yang ponteng, jamuan hari raya, penghargaan kepada pelajar – untuk meningkatkan motivasi pelajar datang ke sekolah.
6. Kokurikulum
- Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan kejohanan olahraga tahunan kali ke 41.
- Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar – dibuat pada hari rabu (waktu kokurikulum). Perhimpunan rasmi pada hari ahad – laluan untuk GPK HEM /guru disiplin/ GPK Koko/ GPK 1 / Pengetua. Dibenarkan penyampaian hadiah bagi peringkat negeri dibuat pada hari Ahad sekali-sekala.
- Kewangan – mana-mana guru yang masih belum membuat tuntutan, sila buat dengansegera selewat-lewatnya 15/7/2014 hantar kepada PT kewangan.
- Pelaporan Pencapaian Kokurikulum – semua guru yang membawa pelajar ke pertandingan dan mendapat tempat, perlu membuat laporan dan direkodkan kepada GPK Koku atau En Mohamad Hatta b Yahaya.
- Hari Kokurikulum – pada hari Rabu: 13/8/2014 (akan diadakan bersama sambutan Hari Kemerdekaan)
- Perkhemahan Kokurikulum ditangguhkan kerana kekangan aktiviti lain yang padat.
- Sambutan Hari Raya – 6/8/2014 (Rabu), selepas waktu rehat (waktu koko dianjak ke belakang).
- Pemeriksaan kesihatan – pada 20/07/2014 (Ahad) untuk semua guru bermula 7.30 pagi – 10.30 pagi. Ikut waktu senggang guru dan bukan paksaan – kajian pelajar dari UM.
7. PT3
- Pemasangan item dan pemeriksaan dibuat di sekolah. Verifikasi pemasangan item akan dibuat oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh pengetua.
- Pelaksanaan PT3 mesti mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh LP. Pada 6 - 16 Julai 2014 – PPD dan JPN bergerak ke sekolahuntuk pemantauan pengurusan pelbagai instrumen (Geografi dan Sejarah). Pada 7/7/14 En Wan Suhaimi (PPD) telah memantau pengurusan PT3 sekolah.
- Tarikh-tarikh penting PT3: 12/08/14: ujian mendengar bahasa Melayu / 13/08/14: ujian mendengar bahasa Inggeris / 6 – 29/8/14: ujian lisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris / 12-17/10/14: ujian bertulis (BM, BI, MT, SN, KH, PI, BC)
- Subjek BM, GF dan SJ telah membuat penataran PT3 pada guru dan semua pelajar tingkatan 3 di dewan A pada 30/06/14. Taklimat bahasa Inggeris telah dibuat pada 8/7/14 di bilik audio. Bagi subjek lain diharap dapat membuat taklimat kepada pelajar dengan segera.
- Pn Wong Keat Wee memaklumkan pelaporan untuk PBS boleh dibuat menggunakan modul yang disediakan oleh LP dan boleh diambil secara online.