06 October 2014

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 - PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

“Saya tidak pernah gagal sekali pun. Kebetulannya proses untuk menghasilkan mentol lampu itu memerlukan lebih daripada 1000 langkah”


“Saya tidak pernah gagal. Saya baru temui 10,000 cara yang tidak berkesan”
Thomas Alva Edison

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan alternatif yang lebih menarik berbanding pembelajaran tradisional. Guru akan memberikan masalah dan bukan kuliah atau latihan. Disebabkan murid tidak diberikan isi kandungan, pembelajaran akan menjadi aktif apabila meneroka dan menemui maklumat yang yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak selaku fasilitator dan bukan sumber penyelesaian masalah. 

Pembelajaran berasaskan masalah membolehkan murid berpeluang untuk:
  • Menyemak dan mencuba apa yang diketahui
  • Menemui apa yang ingin dipelajari
  • Membina kemahiran sosial untuk memperolehi pencapaian yang lebih baik dalam pasukan.
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  • Menyatakan dan mempertahankan keadaan menggunakan bukti dan hujah yang mantap
  • Menjadi lebih fleksibel semasa memproses maklumat dan menunaikan tanggungjawab
  • Mengamalkan kemahiran yang diperlukan selepas tempoh persekolahan tamat

Proses Penyelesaian Masalah
 



Langkah-langkah penyelesaian masalah

Bentangkan masalah. 
Sebagai guru, anda perkenalkan masalah atau scenario kepada murid. Masalah atau scenario berkenaan berfungsi sebagai titik permulaan untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pendorong pembelajaran. Berikan masa secukupnya untuk proses memahami masalah. Anda mungkin perlu memberikan latar belakang isu, menjelaskan terminology dan menjawab beberapa soalan asas tentang masalah daripada murid.

Murid seharusnya mempunyai pengetahuan terbatas (pengetahuan sedia ada) untuk menyelesaikan masalah. Untuk menyelesaikan masalah, murid perlu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai isu.

Selepas masalah atau scenario diperkenalkan, murid akan bertanyakan beberapa soalan asas: Apa yang saya perlu tahu? Apakah sumber yang boleh diakses dan di mana?

Senaraikan apa yang telah diketahui. 
Semasa menjawab soalan-soalan asas, murid akan menyenaraikan apa yang telah mereka ketahui. Dengan cara ini masalah akan dapat didefinisikan dengan jelas sebelum pernyataan masalah boleh ditulis.

Senaraikan apa yang diperlukan.  
Dengan lengkapnya penulisan pernyataan masalah, maka murid perlu meneroka maklumat berkaitan untuk melengkapkan data yang masih kurang atau diperlukan. Satu senarai baru di bawah tajuk “Apa yang perlu kami ketahui?” mula disediakan. Soalan yang dibina dan jawapan yang akan diperolehi akan membantu murid menuju ke arah yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah.

Soalan-soalan dan jawapan ini akan menjadi garis panduan untuk mengumpulkan maklumat dan data yang diperlukan (oleh individu atau pasukan pembelajaran koperatif). Analisis data akan dilaksanakan secara serentak dalam proses ini. Setelah beberapa pusingan pemngumpulan maklumat dan data dilakukan di samping analiisnya dilakuan, maka segala kemungkinan jalan penyelesaian masalah akan dirumuskan. Jalan penyelesaian yang praktikal dan berpotensi berpandukan maklumat dan data yang telah dikumpulkan akan dipilih.

Semasa menggunakan maklumat, murid perlu berhati-hati ketika membuat penilaian agar maklumat yang penting dan terkini tidak diabaikan, di samping mula menolak maklumat lama yang tidak tepat atau telah tidak lagi relevan akan dibuang.

Senaraikan kemungkinan-kemungkinan langkah tindakan, cadangan, jalan penyelesaian atau hipotesis. Di bawah tajuk “Apa yang kami perlu lakukan”, murid akan menyenaraikan semua tindakan yang akan diambil dan dilaksanakan (contohnya, berkolaborasi dengan pakar), dan membina serta menguji hipotesis. Murid mesti membina penyelesaian kepada masalah dan menyusun maklumat dengan cara yang baru.

Untuk membantu murid dalam proses penyusunan maklumat dan data, mereka boleh menggunakan buku log masalah untuk mematuhi dan merekodkan senarai perkara yang perlu dilakukan, garis masa, pemerhatian, soalan-soalan berbangkit, senarai sumber dan sebagainya. Log masalah menggambarkan kemsemua inkuiri murid, soalan baru yang timbul serta pemikiran mereka tentang masalah. Log masalah ini juga akan membantu guru mengikuti perkembangan murid ke arah penyelesaian masalah. Dengan bantuan guru sebagai pembimbing dan pemudahcara, murid akan terus terlibat dalam perbincangan mengenai apa yang telah mereka temui, apa yang mereka tahu dan mahu tahu.

Membentang dan menyokong jalan penyelesaian. 
Sebagai sebahagian daripada penutup, lazimnya guru akan meminta murid membentangkan dapatan dan cadangan mereka. Laporan pembentangan perlu meliputi pernyataan masalah, soalan-soalan, data yang dikumpulkan, analisis data, sokongan kepada jalan penyelesaian atau cadangan-cadangan. Segala pengalaman yang dialui akan menjadi sangat berharga apabila dikongsikan bersama rakan, di samping penilaian dapat dibuat untuk membolehkan proses refleksi dijalankan.

Sila lihat contoh aplikasi PBM di sini

Latihan:
Isu gejala sosial semangkin meningkat dan kebanyakannya melibatkan remaja antara 13 hingga 45 tahun. Apabila ditanyakan kepada orang ramai tentang puncanya, jawapan lazim yang kita terima ialah "kurang didikan agama". Jika ditinjau dalam kurikulum sekolah, mereka yang dikatakan kurang didikan agama ini telah mempelajari tentang Agama Islam sejak sekolah rendah lagi. Bijak pandai Islam (termasuk guru Agama Islam) akan katakan, puncanya ialah kegagalan menghayati solat. Hujah yang dikemukakan ialah solat mampu mencegah fahsya' dan mungkar serta solat merupakan tiang agama. Guru tidak akan tergesa-gesa menyalahkan mana-mana pihak tetapi perlu memikirkan jalan penyelesaiannya. Cuba dapatkan jalan penyelesaian mengikut model yang dikemukakan.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :