Pada pagi Ahad 15 Februari 2015 selepas perhimpunan rasmi, telah diadakan majlis meraikan guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari. Seramai lima puluh tiga orang murid dan lapan orang guru lahir pada bulan Januari. Semua guru dan murid yang lahir pada bulan Januari berbaris di astaka di hadapan murid-murid yang masih berhimpun di Dataran Nilam. Majlis yang dihadiri oleh semua warga SMKTK dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya warga SMKTK menyaksikan wakil murid, wakil guru dan Puan Pengetua memotong kek diiringi nyanyian selamat hari jadi. Terima kasih SMKTK...