HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.
APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.
maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian
Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.
Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.
TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
APA YANG GURU PERLU UBAH?
1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi
PERANAN GURU UNTUK HOTs
1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi
CONTOH SOALAN HOTs DAN LOTs
PERBEZAAN HOTs DAN LOTs
Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.