Hari ini keputusan SPM diumumkan. Tahniah
buat abang-abang dan kakak-kakak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM
2014 yang diumumkan baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan kepada pelajar-pelajar terbaik sekolah ini dalam peperiksaan SPM 2014 iaitu;
Tentulah sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk memilih kursus dan hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Bagaimana pula dengan pelajar yang mendapat keputusan yang biasa-biasa saja?
Sama ada keputusan yang anda dapat cemerlang atau cukup makan sahaja, kita perlu sedar bahawa ada banyak haluan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memastikan rakyat Malaysia, terus mendapat pendidikan ke peringkat yang paling tinggi boleh dicapai oleh individu.
Justeru itu, kami senaraikan beberapa pilihan yang abang-abang dan kakak-kakak boleh meneruskan pelajaran selepas SPM dalam laluan ke program ijazah pertama!
- Nur Farahin bt A Rahim
- Noor Hidayu bt Rohani
- Arfah bt Omar
- Norazlin bt Mohamad
- Muhammad Hafizi b Rushdi
- Siti Nur Fatihah bt Mohd Sahed @ Mas'od
- Muhammad Nassar b Norhairulnizam
- Muhammad Shadid Taqwa b Sanusi
Tentulah sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk memilih kursus dan hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Bagaimana pula dengan pelajar yang mendapat keputusan yang biasa-biasa saja?
Sama ada keputusan yang anda dapat cemerlang atau cukup makan sahaja, kita perlu sedar bahawa ada banyak haluan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memastikan rakyat Malaysia, terus mendapat pendidikan ke peringkat yang paling tinggi boleh dicapai oleh individu.
Justeru itu, kami senaraikan beberapa pilihan yang abang-abang dan kakak-kakak boleh meneruskan pelajaran selepas SPM dalam laluan ke program ijazah pertama!
Tingkatan 6
Untuk
pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti dengan
menggunakan keputusan STPM. Dengan sistem peperiksaan modular yang baru,
di mana setiap semester akan diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula
melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.
STAM
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti melalui
keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM. Ini adalah khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 aliran agama.
Matrikulasi
Matrikulasi
Ini
juga salah satu laluan yang popular bagi pelajar lepasan SPM yang
mendapat keputusan cemerlang dan sederhana cemerlang. Kursus yang
ditawarkan adalah aliran Sains Tulen, Kejuruteraan, dan Perakaunan.
Tempoh masa program matrikulasi pula adalah selama 1 atau 2 tahun
bergantung kepada kursus yang dipohon. Pelajar akan ditempatkan di Kolej
Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di
universiti terpilih mengikut kursus pilihan dan juga keputusan akhir
matrikulasi.
Asasi
Asasi
Program
asasi juga sebenarnya adalah sama seperti program persediaan sebelum ke
ijazah, iaitu program matrikulasi. Bezanya, program asasi diuruskan
oleh pihak universiti sendiri, seperti Universiti Malaya (UM) dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar yang mendapat
program asasi, kebiasaannya akan ditempatkan di universiti tersebut
selepas tamat program.
PISMP
PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP
ini juga merupakan pilihan popular kepada pelajar-pelajar yang mendapat
keputusan yang cemerlang. Para pelajar akan mengikuti program perguruan
selama 4 tahun dengan 1 tahun persediaan. Ini juga merupakan laluan
cepat dan selamat kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar akan ditempatkan
di Institut Perguruan yang terdapat hampir di semua negeri di Malaysia
mengikut pilihan kursus.
Program Persediaan Luar Negara
Program Persediaan Luar Negara
Bagi
program persediaan ke luar negara, program akan ditawarkan kepada
pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang.
Kebiasaannya pelajar tersebut juga akan ditawarkan biasiswa penuh
daripada pihak JPA. Selain daripada pihak JPA, terdapat juga agensi lain
seperti MARA yang turut menaja pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
Diploma (IPTA)
Diploma (IPTA)
Bagi
adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang paling
sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM
yang menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM.
Diploma (POLITEKNIK)
Diploma (POLITEKNIK)
POLITEKNIK
juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan
kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh
POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini
pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih
cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana
POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian.
Diploma (IPTS)
Diploma (IPTS)
Bagi
pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat
dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh
memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah
dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada
separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS
yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan
setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia
Kursus
Diploma Kemahiran Malaysia pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang
berminat dengan bidang-bidang kemahiran. Pelajar-pelajar seperti ini
boleh memasuki Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Akademi
Binaan Malaysia CIDB dan banyak lagi institusi lain. Ianya tidak terhad
kepada kemahiran perindustrian sahaja, malah kemahiran seperti
bertukang, pertanian juga turut ditawarkan.
Kerja (5 Tahun Pengalaman)
Kerja (5 Tahun Pengalaman)
Bagi
yang ingin bekerja dahulu, pengalaman bekerja selama 5 tahun juga boleh
digunakan untuk memohon kursus tertentu dalam mendapatkan Ijazah
Pertama. Kementerian Pengajian Tinggi KPT ada menyediakan ruang dan
laluan khas untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman lebih 5 tahun
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.