PBPPP penilaian baharu
menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap
Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil
kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau
ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam
jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Soalan sering ditanya mengenai PPPB dan PBPPP
Soalan sering ditanya mengenai PPPB dan PBPPP
- Adakah Isi Fail PPPB dan PBPPP adalah benda yang sama
- Benarkah File PPPB sub bahagian (komponen) untuk PBPPP
- Bolehkan Menggabungkan File Profile PPB bersama File PBPPP
Apakah PPPB?
PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun.
Apakah PBPPP?
PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.
Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan
Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut.
Elemen Penilaian Kompetensi PBPPP
- Nilai profesional
- Pengurusan aktiviti
- Sumbangan
- Kemahiran profesional PdP
Elemen Penilaian Keberhasilan PBPPP
- Keberhasilan PdP
- Keberhasilan kaunseling
- Keberhasilan kejurulatihan
Profil PPB Individu (File PPPB)
Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File PPPB). Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah File. Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.
Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakan Profil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan.
Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?
Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru
Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:
Bahagian Isi Fail
A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan
B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB
C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan
D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja
E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain
F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan
Jawatan:
Tempat Bertugas:
Bahagian Isi Fail
A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan
B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB
C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan
D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja
E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain
F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan