29 October 2016

Majlis Graduasi Tingkatan 5 Tahun 2016


Alhamdulillah, Majlis Graduasi Tingkatan 5 Kali Ke-6 Tahun 2016 telah berjaya disempurnakan dengan bergaya pada petang 26hb Oktober yang lalu.  Majlis ini bertujuan memberi suntikan motivasi kepada 103 orang calon SPM yang akan menduduki peperiksaan SPM beberapa hari lagi dan memberi penghargaan kepada sumbangan murid sepanjang tempoh pembelajaran mereka di SMKTK.





Majlis dirasmikan oleh En. Mohd Fitri bin Md Ali iaitu bekas murid SMKTK yang kini bertugas di Jabatan Perdana Menteri.  Turut hadir adalah YDP PIBG, Tn. Hj. Mohd Fuad bin Jawadi, AJK PIBG, lebih 150 orang ibubapa dan para graduan yang diraikan.  Majlis bermula jam 2.25 petang dengan perarakan masuk graduan ke Dewan A dan tamat sekitar jam 4.00 petang.

Beberapa anugerah baru telah diwujudkan bagi menghargai sumbangan dan pencapaian murid seperti Anugerah Sri Perdana, Anugerah Sri Temenggung dan sebagainya.  15 murid yang telah mencapai tahap ditetapkan pihak sekolah telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut.  Tahniah kepada semua graduan dan penerima anugerah.  Kami mendoakan semoga kalian akan terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada JK Pelaksana Majlis Graduasi 2016 serta guru dan kakitangan yang telah menjayakan majlis ini.  Pihak sekolah juga mendoakan semoga usaha dan sumbangan para penyumbang akan dibalas Allah dengan balasan terbaik di dunia dan akhirat.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :