29 October 2016

Tahniah... SMKTK Johan Keseluruhan RZSWDC2016


Setelah hampir setahun bertanding dalam pelbagai peringkat dan format cabaran dalam Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenges 2016 (RZSWDC2016), akhirnya pasukan KRiKS dari SMK Telok Kerang telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan RCSWDC2016.  Pertandingan yang disertai 24 buah sekolah menengah dan rendah itu melibatkan 193 murid dan ia telah bermula sejak Disember 2015.  Majlis pengumumam pemenang dan majlis penutup tersebut telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru pada 24hb Oktober 2016.

Berangkat menyempurnakan majlis, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.  Turut hadir, Isteri Menteri Besar Datin Seri Rosni Omar serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.




Senarai Pemenang Raja RZSWDC2016 mengikut kategori.
Keseluruhan Sekolah Menengah :
1. SMK Teluk Kerang Pontian
2. SMK Kangkar Pulai
3. SMK Seri Mersing

Keseluruhan Sekolah Rendah
1. SK Buloh Kasap Segamat
2. SJK T Taman Tun Aminah
3. SK Serkat Pontian



Tahniah dan terima kasih kepada 6 peserta dan 2 guru pembimbing yang telah mengharumkan nama sekolah.  Terima kasih juga kepada semua yang membantu samada secara langsung atau tidak sehingga kejayaan ini dapat dicapai.  Semoga uasha kalian dibalas dengan sebaik-baik balasan.  Tiada yang mustahil untuk mencapai kejayaan, tanggungjawab kita adalah untuk berusaha sebaik mungkin dan hasilnya kita serahkan kepadaNYA.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :