21 October 2016

Tahniah...Ke-3 Anugerah Hijau 2016 Malaysia

 





Tahniah kepada 5 peserta dan 2 guru pembimbing pertandingan Anugerah Hijau 2016 (AH2016).  AH2016 merupakan satu pertandingan peringkat kebangsaan dalam usaha mencari sekolah paling hijau di Malaysia.  Ia dianjurkan oleh Eco-Knight, sebuah pertubuhan alam sekitar dengan sokongan iM4U.fm dan Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pertandingan bermula April 2016 dengan penilaian kertas kerja oleh panel juri dan 10 kumpulan peserta terbaik akan dipanggil untuk menghadiri bengkel selama 3 hari.  Setiap pasukan perlu melaksanakan program / aktiviti berkaitan Energy Efficiency, School Farming dan Recycle.  Laporan mengikut format perlu dibentangkan pada acara kemuncak sempena KL Eco Film Festival 2016 di Publika, Solaris Dutamas KL pada 14-16 Oktober 2016.

10 buah sekolah terpilih termasuk SM Sains Setiu, Kolej Tuanku Kurshiah, SMK Semantan, SMK Tuanku Ampuan Najihah, SMK Seri Aman dan sebagainya.  Setiap sekolah mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.



Keputusan pertandingan AH2016:
1. SMK Ayer Keroh, Melaka (RM5,000.00, sebuah piala dan sijil)
2. Sekolah Menengah Sains Labuan, Sabah (RM3,000.00, sebuah piala dan sijil)
3. SMK Telok Kerang, Pontian (RM2,000.00, sebuah piala dan sijil).

Tahniah sekali lagi...SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :