Program Public Speaking Tingkatan 1
Program Public Speaking Tingkatan 1 ini dilaksanakan pada setiap pagi Rabu jam 7.00 hingga 7.30 pagi. Program khusus untuk murid tingkatan satu ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Diantara objektif program adalah membina dan meningkatkan keyakinan dan keberanian murid untuk menyampaikan maklumat dikhayalak ramai, meningkatkan kemahiran komunikasi lisan murid dan menyuburkan semangat kerjasama dalam kerja berkumpulan.
Program yang dipimpin sepenuhnya oleh empat murid tingkatan satu ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan senaman enviro-air. Seterusnya dua murid akan menyampaikan public speaking dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris mengenai sebarang topik yang mereka pilih.
Semoga program ini akan mencapai objektifya dalam melahirkan murid yang serba boleh dan berkeyakinan tinggi.
SMKTK Cemerlang.
Info SMKTK
Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21,
Sekolah Bestari Luar Bandar
Sekolah Lestari
#belajaruntukberbakti
#smktkcemerlang