29 July 2017

Lawatan Benchmarking PBL - Low Carbon Society oleh KEAA, IRDA, UTM dan JPNJ








Sekumpulan pelawat dari Kyoto Environment Activities Association (KEAA), Iskandar Region Development Authority (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan JPNJ telah memantau pelaksanaan Program Problem Based Learning (PBL) - Low Carbon Society (LCS) pada 18hb Julai 2017.  Lawatan ini merupakan aktiviti penada aras bagi sekolah yang melaksanakan PBL - LCS bagi sesi 2017.

Peserta rombongan telah memantau pelaksanaan PBL - LCS SMK Telok Kerang, kini di peringkat akhir tahap 1 iaitu pembentangan murid berkaitan learning issue bagi kumpulan masing-masing.  Pembentangan ini berdasarkan maklumat yang mereka kumpul berkaitan aktiviti yang dilaksanakan oleh negara terpilih berkaitan masalah yang mereka hadapi di sekolah.  Sesi soal jawab dan perkongsian maklumat dan pengalaman di antara murid dan peserta lawatan memberi sedikit sebanyak idea baharu kepada guru dan murid dalam melaksanakan PBL - LCS 2017.

Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan lawatan penanda aras ini.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :