14 August 2017

Membersih dan Mengganti Air Kolam Ikan










Terima kasih kepada semua murid 4 Landskap yang dengan sukarela menawarkan diri untuk membersihkan kolam ternakan ikan tilapia SMKTK.  Walaupun mereka baharu sahaja selesai melaksanakan amali yang berat dan memenatkan iaitu membina simenferro, kerja-kerja membersih kolam ikan tilapia dapat dilakukan dengan sempurna atas semangat kerjasama semua murid.

Kolam dibersihkan dengan mengeluarkan air dari dalam kolam dan mencuci dasar kolam sebelum menukarkan air dengan yang baharu.  Ikan tilapia ditempatkan sementara di dalam sebuah tangki semasa kerja-kerja membersih dijalankan,

Terima kasih murid 4 Landskap, semoga sumbangan anda ini akan dinilai sebagai amal kebaikan.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :