24 August 2017

Program Guyup : Kembara Khidmat Bakti Merdeka 2017


















Alhamdulillah...Program Kembara Khidmat Bakti Merdeka sempena bulan kemerdekaan telah dilaksanakan pada 19hb Ogos yang lalu.  Program ini adalah kolaborasi diantara warga SMKTK dan PIBG dengan komuniti beberapa kampung berhampiran sekolah.  Program ini bermula seawal 7.30 pagi dan tamat sekitar jam 10.30 pagi itu telah mendapat kerjasama padu daripada masyarakat setempat.

Program ini telah mensasarkan 10 lokasi dalam komuniti untuk aktiviti khidmat bakti merdeka iaitu Masjid Jamik Kg Telok Kerang 1, Masjid Jamek Kg Belokok, Masjid Jamek Kg Pt Rambai, Masjid Jamek Kg Telok Kerang 2, Masjid Jamek Kg Pt Sulaiman, Masjid Jamek Al-Jabbar, Surau Kg Pt Wer, Masjid Jamek Kg Rambah, Masjid Jamek Kg Pt Penerok dan Pusat Jagaan Orang Tua Green Garden Care Centre Sdn Bhd.  Setiap lokasi dianggotai oleh beberapa orang guru dan sekumpulan murid yang telah dipilih.  Aktiviti yang dijalankan disetiap lokasi termasuk membersih, mengemas barangan dan peralatan, membantu kakitangan operasi dan sebagainya.

Program ini turut menceriakan kawasan sekolah seperti membersih dan mengecat dinding pagar sekolah serta memasang beberapa banner berkaitan kemerdekaan.  Semoga program ini dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan murid dan masyarakat.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :