29 August 2017

Tahniah...Pasukan SMKTK Johan Lompat Tali Peringkat Kebangsaan 2017







Tahniah kepada semua peserta dan guru pempimbing pasukan lompat tali SMKTK yang telah merangkul Johan Remaja Pertandingan Lompat Tali Peringkat Kebangsaan dalam Festival Kuala Lumpur 2017 sempena Kuala Lumpur 2017 Sukan Sea ke-29 yang telah dijalankan di Suria KLCC pada hari Ahad, 27hb Ogos 2017 yang lalu.  Mereka membawa pulang wang tunai RM1,500.00, cenderahati dan sijil penyertaan.

Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan tahun lalu, beberapa pencapaian yang membanggakan SMKTK telah dicapai. Kini, SMKTK mempunyai tiga pasukan lompat tali yang berbakat besar iaitu Jumping Tigers, Titan Jumpers dan Eagles Jumpers. Tahniah kepada peserta berikut yang telah mengharumkan nama SMKTK dalam sukan lompat tali, mereka adalah :
1. MH Firdaus Bin Iskandar
2. Muazz Bin Junaidi
3. Mohamad Faris Bin Mohamad Zakei
4. Mohamad Shahrul Afiq Bin Abdul Rahman
5. Muhammad Daniel Bin Ahmad Rupawan
6. Muhammad Hikam Bin Johar
7. Mohd Aidil Fahmi

Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru pembimbing pasukan lompat tali SMKTK yang telah mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya sehingga kejayaan ini dapat dicapai. Semoga pengorbanan mereka dinilai sebagai kebaikan.  

Semoga kejayaan cemerlang seperti ini dapat diterjemahkan dalam peperiksaan PT3 dan SPM kelak.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :