18 September 2017

Perkhemahan Unit Berunifom 2017

















Alhamdulillah...Perkhemahan Unit Berunifom tahun 2017 telah selamat dilaksanakan pada 7 hingga 9hb September yang lalu.  Perkhemahan tiga hari tersebut telah disertai oleh wakil dari kesemua lapan persatuan berunifom.  Program ini sangat bertuah kerana menerima kunjungan ADUN Kawasan Kukup, Tn Hj Suhaimi bin Mohd Salleh, pada malam pertama perkhemahan.  Beliau juga memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada semua peserta perkehemahan.  Beberapa wakil AJK PIBG dan Tuan Pengetua SMKTK turut hadir bersama memantau pelaksanaan perkhemahan itu.

Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan semoga program tersebut memberi manfaat kepada anda semua.  Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan yang membantu sehingga program tersebut dapat dijalankan dengan sempurna.  Semoga segala usaha rakan-rakan dinilai sebagai kebajikan.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :