07 October 2017

Memproses Hasil Puyuh




  



 


 



Alhamdulillah...setelah menjaga hampir 40 hari, semua puyuh telah mencapai tumbesaran optimum untuk disembelih dan diproses.  Jumlah puyuh yang diternak sebanyak 253 ekor dan 8 ekor telah mati (tanpa punca yang jelas) sepanjang tempoh penternakan.  Proses penyembelihan dilakukan dua peringkat iaitu 130 ekor disembelih dan diproses oleh murid, guru dan bantuan kakitangan di sekolah.  Manakala selebihnya dihantar ke pusat pemprosesan puyuh atas faktor masa.  Sebahagian hasil puyuh telah dimasak untuk jamuan guru dan murid yang terlibat dan selebihnya dijual kepada guru dan kakitangan sekolah.

Terima kasih kepada semua yang membantu sehingga program ternakan puyuh ini berjaya mengeluarkan hasil.  Semoga usaha kalian dinilai sebagai amalan kebajikan.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :