07 October 2017

Menuai hasil Cili






  





  

Alhamdulillah...tahniah kepada semua guru, murid dan kakitangan yang telah mengusahakan projek tanaman cili secara fertigasi kerana pokok yang ditanam telah mengeluarkan hasil yang memuaskan sejak bulan yang lalu.  Hasil cili yang dikumpul telah dipasarkan samada secara borong iaitu menjual kepada gerai makan berhampiran sekolah atau secara runcit iaitu jualan kepada guru dan kakitangan sekolah dalam bungkusan kecil.  Murid yang membantu memungut hasil akan diberi saguhati sebanyak RM3.00 bagi setiap kilogram cili yang dikumpul.  Hasil daripada jualan cili dikumpulkan dalam tabung khas untuk digunakan dalam projek yang akan datang.

Semoga usaha ini akan menyedarkan murid bahawa pertanian adalah peniagaan.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :