06 May 2018

Majlis Perpisahan Cikgu Mohidin


  

  

  

  


  

  



Alhamdulillah..Majlis Perpisahan Untuk En Mohidin (mantan PK Pentadbiran SMKTK) telah selamat diadakan pada Rabu, 2hb Mei yang lalu.  En Mohidin berpindah ke SMK Dato Penggawa Barat Pontian kerana urusan naik pangat (ke sekolah Gred A).  Majlis pagi tersebut dikendalikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMKTK dengan kerjasama Pengawas Sekolah.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan wakil murid, Pn engetua dan yang dirai, En Mohidin.  Majlis ditutup dengan majlis penyampaian hadian, bacaan selawat beramai-ramai dan bersalaman bersma guru, kakitangan dan murid SMKTK.

Warga SMKTK mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala sumbangan yang dicurahkan dan kami memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan.  Doa kami, semoga En Modihin dikurniakan kesihatan terbaik untuk melaksanakan tanggung jawab dengan penuh cemerlang di SMKDPB.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :