23 July 2018

AgEd2Malaysia STUDY TOUR Pennsylvannia State University dan UTM ke SMKTK (Siri 1)






















Alhamdulillah...sekumpulan pensyarah dan mahasiswa dari Pennsylvania State University (UPenn) dan Universiti Teknologi Malaysua (UTM) telah melawat SMKTK pada 10hb Julai yang lalu.  Kumpulan pelawat tersebut terdiri daripada 2 pensyarah dan 14 mahasiswa UPenn serta 3 pensyarah dan 14 mahasiswa dari UTM.  Diantara objektif lawatan adalah memahami pelaksanaan matapelajaran pertanian dalam sekolah harian di Malaysia. Pelawat telah diberi penerangan tentang latarbelakang matapelajaran dan pelaksanaan kurikulum MPEI Pertanian oleh murid tingkatan 4 dan 5.  Penerangan juga merangkumi lawatan tapak amali fertigasi, pengeluaran poltri, tanaman lima kasturi, ternakan ikan tilapia dan tanaman serai yang menarik minat pelawat.  Kami menghidangkan jamuan ringan hasil dari usaha murid iaitu nasi lemak sambal telur puyuh (yang murid ternak) dan air herba serai (yang murid tanam).

Semoga rangkaian baik ini akan menjadi pencetus kerjasama yang lebih banyak di masa hadapan serta memberi kebaikan kepada semua pihak.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :