Kumpulan pelawat meneruskan agenda lawatan mereka dengan mengunjungi rumah tradisional bugis milik En Abdul Hadi (GKMP Teknik dan Vokasional, SMKTK) di Serkat, Kukup Pontian. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menikmati jamuan makan tengahari dari menu tradisional bangsa bugis. Menu yang disediakan adalah seperti Burasak, Lepat Loi dan lauk masing-masing, manisan-manisan serta buah-buahan tempatan (rambutan dan manggis). Pemilik rumah bernilai jutaan ringgit ini turut memberi penerangan serta menjawab pelbagai pertanyaan pelawat berkaitan sejarah, makanan, rumah tradisional, pakaian dan sebagainya.
Terima kasih keada semua yang menjayakan program lawatan ini dan semoga ia memberi manfaat kepada semua.
SMKTK Cemerlang.