Dengan bertemakan Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Memandangkan hari guru tahun ini jatuh dalam bulan Ramadhan, sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 3 Mei 2019. Semua guru dan pelajar telah berhimpun di Dewan terbuka untuk bersama-sama meraikan Hari Guru
Sambutan yang bermula pada pukul 7.30 pagi dibahagikan kepada empat segmen. Segmen pertama dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil. Segmen kedua khusus bagi Ikrar Hari Guru, bacaan perutusan, nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu-lagu bertemakan Hari Guru, serta penyampaian cenderahati kepada guru-guru.
Segmen ketiga menyusul dengan acara indoor games antara guru-guru. Antara acara yang dipertandingkan ialah batu seremban, teka kata, biskut challenge dan lain-lain. Segmen keempat pula adalah persembahan pelajar-pelajar dan guru-guru di pentas Dewan Terbuka.
Kami mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kami di SMK Telok Kerang dan kepada semua guru di serata pelusuk negara kita Malaysia. TERIMA KASIH CIKGU!!
Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
Belajar Untuk Berbakti
SMKTK Cemerlang