04 July 2019

Penuaian dan Pemasaran Serai


Alhamdulillah...setelah hampir tujuh bulan ditanam, pokok serai telah menunjukkan tanda-tanda cukup matang dan sedia untuk dituai.  Proses menuai dimulakan dengan mengeluarkan rumpun serai dari dalam tanah sebelum proses membersih dan menggred.  Serai yang mempunyai saiz besar dan sempurna sahaja akan dipasarkan kepada guru, kakitangan dan komuniti sekitar.  Harga jualan ditentukan mengikut harga pasaran serai.  Sebahagian hasil jualan akan digunakan untuk jamuan murid dan Tabung Lestari Sekolah.





Semoga aktiviti ini dapat menerapkan elemen keusahawan dan menyayangi alam sekitar kepada murid.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :