Showing posts with label KGKT. Show all posts
Showing posts with label KGKT. Show all posts

21 November 2019

Majlis Persaraan Yang Dikasihi Tn Pengetua, Pn Hjh Azizah binti Omar





Setelah 5 tahun mencurah bakti di SMKTK. Tn Pengetua Pn Hjh Azizah binti Omar akan menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam bidang pendidikan.  Satu majlis khas telah diaturkan oleh KGKT dan warga SMKTK untuk menyambut majlis persaraan beliau. Majlis bertemakan bangsawan itu disambut dengan meriah melibatkan kerjasama murid, guru dan PIBG pada Ahad 10hb November 2019.  Murid- murid berpakaian seragam sekolah dengan kain batik atau kain pelekat dijadikan tudung atau selempang.  Guru dan kakitangan lelaki berpakaian baju melayu lengkap bertanjak dan guru perempuan berpakaian songket.  Majlis diserikan dengan perarakan Tn Pengetua dan suami diiringi gamelan secara langsung, acara silat oleh murid, doa, persembahan guru, ucapan-ucapan dan penyampaian cenderahati kepada yang dirai.









Kami, warga SMKTK memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan samada disedari atau tidak.  Doa kami untuk Pn Hjh Azizah sekeluarga, semoga dikurniakan umur panjang lagi berkat, badan sihat walafiat, kekuatan melaksanakan ibadat, keluarga yang menyenangkan dan segala kebaikan di dunia dan akhirat.  Semoga ukhuwah kita terus terpelihara.

SMKTK Cemerlang.

14 November 2019

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kaki Tangan 2019


Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMKTK kerana berjaya melaksanakan majlis Jamuan Akhir KGKT SMKTK bagi tahun 2019 dengan meriahnya.  Majlis yang bertemakan pakaian etnik itu telah diadakan di Hotel Holmes Gelang Patah pada petang Ahad 10hb November yang lalu.  Majlis dimeriahkan dengan acara bertukar-tukar hadiah, cabutan bertuah, nyanyian karaoke, penyampaian Anugerah Khas Pengetua dan sebagainya.  Tahniah kepada semua penerima dan semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama warga SMKTK dan seterusnya meningkatkan prestasi tahun 2020 nanti...Amiin






Tahniah Jawatankuasa KGKT 2019/2020 dan terima kasih.

SMKTK Cemerlang.

04 July 2019

Ziarah dan Marhaban Aidilfitri KGKT 2019






Tahniah kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMKTK kerana berjaya meneruskan amalan ziarah dan marhaban pada tahun ini.  Acara ziarah dan marhaban bagi memenuhi undangan 6 guru dan kakitangan.  Acara ini telah diadakan pada Sabtu, 22hb Jun 2019, bermula seawal 8.30 pagi dan tamat sekitar 1.30 tengahari.  Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah diantara guru, kakitangan serta ahli keluarga masing-masing seterusnya meningkatkan prestasi kerja kita semua serta dinilai olehNya dengan sebaik-baik nilaian.

SMKTK Cemerlang.

26 May 2017

Terima Kasih Cikgu Hajah Junainah binti Barlin dan Selamat Bersara













Hari Khamis 25hb Mei 2017 (semalam), merupakan hari terakhir bagi Pn. Hjh. Junainah  atau kami lebih mengenalinya sebagai Cikgu Jun secara rasminya bergelar guru yang berkhidmat di SMKTK.  Jasa dan sumbangan cikgu Jun tetap akan terpahat dalam ingatan dan tercatat sejarah SMKTK.  Majlis Persaraan cikgu Jun telah disambut pagi Khamis lalu di Dewan Terbuka SMKTK.  Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil, perarakan dan persembahan murid seperti silat dan tarian tradisional.  Majlis diteruskan dengan ucapan pengetua dan ucapan cikgu Jun selepas bacaan biodata beliau oleh cikgu Zamri dan Pn Normasheila.  Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan bersalaman sambil berselawat.

Kami memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang tempoh cikgu Jun bertugas di SMKTK (bermula 1999, 18 tahun lalu).  Doa kami, semoga cikgu Jun dikurniakan kesihatan, dipermudahan semua urusan dan dimewahkan rezeki bersama keluarga tersayang.  

Selamat bersara dan terima kasih cikgu.

SMKTK Cemerlang.

22 May 2017

Hari Guru 2017










  





Sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah telah diadakan pada 18hb Mei yang lalu iaitu dua hari lewat berbanding sambutan di peringkat kebangsaan.  Ini adalah untuk memberi laluan kepada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 yang disambut di Negeri Johor dan SMKTK terlibat secara langsung dalam pameran PAK21.

Sambutan kali ini dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil bersama semua warga SMKTK seawal 7.10 pagi.  PdPc berjalan seperti biasa sehingga jam 9.00 pagi.  Acara bermula dengan perarakan guru, ucapan-ucapan, penyampaian anugerah dan persembahan murid dan guru.  Tahniah kepada KGKT dan Badan Pengawas kerana dapat merancang dan melaksanakan sambutan hari guru peringkat sekolah dengan begitu meriah dan gilang gemilang.


SMKTK Cemerlang.