29 October 2016

Tahniah...SMKTK Sekolah Ikon PIBK


  

Tahniah diucapkan kepada JK PIBG sesi 2016/2017 atas anugerah Sekolah Ikon PIBK Daerah Pontian tahun 2016.  Majlis penyampaian anugerah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan lagi kerjasama dan sumbangan masyarakat kepada pembangunan dan pencapaian sekolah.

SMKTK Cemerlang.

Aktiviti Menarik Pendidikan Khas





SMKTK Cemerlang..

Majlis Bacaan Yasin Kali Pertama di Dewan Terbuka





Alhamduillah..majlis bacaan yasin kali pertama di dewan terbuka yang baharu siap dibina telah diadakan pada pagi Khamis, 13hb Oktober 2016.  Majlis tersebut turut dihadiri 5 orang AJK PIBG dan semua guru SMKTK.  Semoga dengan adanya dewan ini, banyak aktiviti yang memberi manfaat kepada murid akan dapat dijalankan.  Dewan terbuka yang telah diserah kepada sekolah oleh kontraktor pembinaan pada minggu lalu.

SMKTK Cemerlang.

Majlis Graduasi Tingkatan 5 Tahun 2016


Alhamdulillah, Majlis Graduasi Tingkatan 5 Kali Ke-6 Tahun 2016 telah berjaya disempurnakan dengan bergaya pada petang 26hb Oktober yang lalu.  Majlis ini bertujuan memberi suntikan motivasi kepada 103 orang calon SPM yang akan menduduki peperiksaan SPM beberapa hari lagi dan memberi penghargaan kepada sumbangan murid sepanjang tempoh pembelajaran mereka di SMKTK.





Majlis dirasmikan oleh En. Mohd Fitri bin Md Ali iaitu bekas murid SMKTK yang kini bertugas di Jabatan Perdana Menteri.  Turut hadir adalah YDP PIBG, Tn. Hj. Mohd Fuad bin Jawadi, AJK PIBG, lebih 150 orang ibubapa dan para graduan yang diraikan.  Majlis bermula jam 2.25 petang dengan perarakan masuk graduan ke Dewan A dan tamat sekitar jam 4.00 petang.

Beberapa anugerah baru telah diwujudkan bagi menghargai sumbangan dan pencapaian murid seperti Anugerah Sri Perdana, Anugerah Sri Temenggung dan sebagainya.  15 murid yang telah mencapai tahap ditetapkan pihak sekolah telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut.  Tahniah kepada semua graduan dan penerima anugerah.  Kami mendoakan semoga kalian akan terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada JK Pelaksana Majlis Graduasi 2016 serta guru dan kakitangan yang telah menjayakan majlis ini.  Pihak sekolah juga mendoakan semoga usaha dan sumbangan para penyumbang akan dibalas Allah dengan balasan terbaik di dunia dan akhirat.

SMKTK Cemerlang.

Tahniah... SMKTK Johan Keseluruhan RZSWDC2016


Setelah hampir setahun bertanding dalam pelbagai peringkat dan format cabaran dalam Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenges 2016 (RZSWDC2016), akhirnya pasukan KRiKS dari SMK Telok Kerang telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan RCSWDC2016.  Pertandingan yang disertai 24 buah sekolah menengah dan rendah itu melibatkan 193 murid dan ia telah bermula sejak Disember 2015.  Majlis pengumumam pemenang dan majlis penutup tersebut telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru pada 24hb Oktober 2016.

Berangkat menyempurnakan majlis, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.  Turut hadir, Isteri Menteri Besar Datin Seri Rosni Omar serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.




Senarai Pemenang Raja RZSWDC2016 mengikut kategori.
Keseluruhan Sekolah Menengah :
1. SMK Teluk Kerang Pontian
2. SMK Kangkar Pulai
3. SMK Seri Mersing

Keseluruhan Sekolah Rendah
1. SK Buloh Kasap Segamat
2. SJK T Taman Tun Aminah
3. SK Serkat Pontian



Tahniah dan terima kasih kepada 6 peserta dan 2 guru pembimbing yang telah mengharumkan nama sekolah.  Terima kasih juga kepada semua yang membantu samada secara langsung atau tidak sehingga kejayaan ini dapat dicapai.  Semoga uasha kalian dibalas dengan sebaik-baik balasan.  Tiada yang mustahil untuk mencapai kejayaan, tanggungjawab kita adalah untuk berusaha sebaik mungkin dan hasilnya kita serahkan kepadaNYA.

SMKTK Cemerlang.

21 October 2016

Tahniah...Ke-3 Anugerah Hijau 2016 Malaysia

 





Tahniah kepada 5 peserta dan 2 guru pembimbing pertandingan Anugerah Hijau 2016 (AH2016).  AH2016 merupakan satu pertandingan peringkat kebangsaan dalam usaha mencari sekolah paling hijau di Malaysia.  Ia dianjurkan oleh Eco-Knight, sebuah pertubuhan alam sekitar dengan sokongan iM4U.fm dan Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pertandingan bermula April 2016 dengan penilaian kertas kerja oleh panel juri dan 10 kumpulan peserta terbaik akan dipanggil untuk menghadiri bengkel selama 3 hari.  Setiap pasukan perlu melaksanakan program / aktiviti berkaitan Energy Efficiency, School Farming dan Recycle.  Laporan mengikut format perlu dibentangkan pada acara kemuncak sempena KL Eco Film Festival 2016 di Publika, Solaris Dutamas KL pada 14-16 Oktober 2016.

10 buah sekolah terpilih termasuk SM Sains Setiu, Kolej Tuanku Kurshiah, SMK Semantan, SMK Tuanku Ampuan Najihah, SMK Seri Aman dan sebagainya.  Setiap sekolah mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.



Keputusan pertandingan AH2016:
1. SMK Ayer Keroh, Melaka (RM5,000.00, sebuah piala dan sijil)
2. Sekolah Menengah Sains Labuan, Sabah (RM3,000.00, sebuah piala dan sijil)
3. SMK Telok Kerang, Pontian (RM2,000.00, sebuah piala dan sijil).

Tahniah sekali lagi...SMKTK Cemerlang.

09 October 2016

Pertandingan Lompat Tali Negeri Johor 2016

 



Tahniah kepada peserta dan guru pembimbing yang telah menyertai pertadingan Lompat Tali sempena Hari Sukan Negara peringkat Negeri Johor 2016.  Pertandingan yang diadakan pada 8 Oktober 2016 di Hutan BAndar Mutiara Rini dan kali pertama disertai SMKTK itu mendapat tempat ke-5 daripada 15 penyertaan dari seluruh Negeri Johor.

Semoga pencapaian kali ini akan membakar semangat peserta dan guru pembimbing untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun hadapan.  Terima kasih kepada semua yang membantu samada secara langsug atau tidak sehingga kejayaan ini dapat dicapai, terutamanya kepada peserta, guru pembimbing dan penyumbang / dermawan yang bermurah menyediakan kelengkapan peserta.

SMKTK Cemerlang

08 October 2016

Hari Sukan Negara 2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.







Tahniah kepada Unit Kokurikulum SMKTK kerana berjaya menganjurkan Hari Sukan Negara 2016 dengan jayanya pagi tadi.  Acara bermula seawal 7.20 pagi dimana semua murid dikumpulkan untuk mengemaskini rekod kehadiran sebelum taklimat perjalanan program.  Acara diteruskan dengan senamrobik selama 45 minit sebelum murid berehat dan dihidangkan sarapan pagi dan air minuman.  Acara kemuncak adalah aktiviti berjalan 10,000 langkah di kawasan sekitar sekolah di laluan yang telah dikenalpasti.  Murid kelihatan begitu seronok melibatkan diri dalam acara hari ini terutama pada acara peutup iaitu acara cabutan bertuah.

Tahniah sekali lagi kepada penganjur, murid yang terlibat dan semua yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak.

SMKTK Cemerlang.

Pengumpulan dan Penjualan Barangan Lusuh





 
Pengumpulan barangan lusuh seperti kertas, botol plastik, logam dan kaca telah bermula beberapa bulan lalu oleh peserta Anugerah Hijau 2016 (AH2016) sebagai salah satu aktiviti kitar semula. Pelbagai kaedah telah diaplikasikan untuk menarik minat murid dan warga SMKTK untuk mengumpul dan menyerahkan barangan tersebut kepada Jawatankuasa AH2016.  Antaranya ialah menukar 10 biji botol dengan sebuku roti, 5 kilogram kertas dengan sebuku roti atau menukar dengan bentuk tunai (sama nilai dengan sebuku roti, jika bekalan roti telah habis).


Semoga aktiviti ini akan memberi kesedaran kepada warga SMKTK agar sentiasa menjaga alam sekitar dan mengamalkan kitar semula.

SMKTK Cemerlang.

Minggu Penjimatan Air dan Tenaga 2016








Tahniah kepada Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRiKS), peserta Anugerah Hijau 2016 (AH2016) dan Unit Kokurikulum SMKTK kerana telah berjaya melaksanakan Minggu Penjimatan Air dan Tenaga 2016.  Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kesedaran yang dicetuskan oleh peserta AH2016 yang akan membentangkan aktiviti dan hasil daripada program penjimatan yang mereka laksanakan pada Oktober depan.

Majlis dimulakan dengan acara ceramah oleh Pegawai Syarikat Air Johor Holding (SAJH), En Muhammad Subree.  Pameran SAJH yang menyediakan pelbagai maklumat dan kaedah penjimatan itu mendapat sambutan sangat menggalakan dari semua murid.  Penganjur terpaksa menghadkan waktu lawatan untuk pengunjung untuk mengelakkan kesesakan dan melancarkan aktiviti pameran.

Semoga program ini dapat menyedarkan murid agar sentiasa berjimat ketika menggunakan air dan tenaga di mana sahaja mereka berada.

SMKTK Cemerlang.

Majlis Solat Hajat PT3 dan SPM 2016





Alhamdulillah...majlis tersebut telah dilaksanakan dengan lancar pada hari Rabu (5 Oktober 2016) dan mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada murid dan ibubapa.  Majlis ini dijalankan di Masjid Jamek Telok Kerang ini turut mendapat kerjasama padu Jawatankuasa PIBG dan masyarakat sekitar.

Semoga Calon PT3 tahun 2016, akan mendapat kejayaan cemerlang.

SMKTK Cemerlang.

Program Mohon Restu Calon PT3


Majlis Mohon Restu Calon PT3 telah dijalankan pada pagi Khamis (6 Oktober 2016) selepas majlis bacaan Yasin beramai-ramai.  Majlis diisi dengan bacaan doa, ucapan Guru Penyelaras Tingkatam Tiga (Pn. Rosfatmawati binti Hassan), ucapan Guru PK Pentadbiran (En. Mohidin bin Suyot), penyampaian hadiah kepada calon-calon cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan PT3 dan diakhiri dengan bacaan selawat dan bersalaman diantara guru dan calon PT3.


Semoga majlis ini dapat menyuntik semangat dan memudahkan urusan calon PT3 2016.


SMKTK Cemerlang