Pagi tadi skuad bola sepak bawah 15 tahun sekolah kita melakar kejayaan dengan menjadi naib johan pertandingan bolasepak daerah Pontian. Setelah berhempas-pulas mempertahankan gawang yang diserang bertalu-talu oleh pasukan SMKDMYS di perlawanan akhir, skuad di bawah bimbingan jurulatih import dari Terengganu iaitu Ustaz Sukri dan Cikgu Hata akhirnya mengaku kalah. Kecundang dengan jumlah jaringan yang tidaklah besar sangat.
Sebelum itu skuad ini telah seri dengan SMKDAHA, menang dengan MRSM dan kalah dengan SMKDMYS. Dalam perlawanan separuh akhir, sekolah kita mengatasi SMKAB. Tahniah diucapkan kepada semua pemain.