Dalam masa dua hari ini, suasana di kawasan SMK Telok Kerang bergema dengan sorak-sorai penyokong-penyokong pasukan bola tampar sekolah masing-masing. Pertandingan bola tampar MSSD Pontian berlangsung di sekolah ini.
Sekolah ini telah mengungguli kategori perempuan dengan pasukan SMKTK A menjadi juara pertandingan manakala SMKTK B dikedudukan ke-3. Manakala pasukan lelaki pula, SMKTK A dikedudukan ke-3. Ada desas-desus mengatakan jika Kamil tidak cedera kerana kemalangan, harapan untuk SMKTK A menjadi juara memang ada. Itu semua cuma andaian....
Ramai pemain sekolah kita berjaya dipilih untuk mewakili daerah Pontian ke pertandingan peringkat negeri. Berlatihlah bersungguh-sungguh.
Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada para pemain dan pengurusan pasukan bola tampar yang diketuai oleh Cikgu Zamri dan Cikgu Samsul Sazali. Anda semua telah memberi kegembiraan kepada kami warga SMKTK.