Hari ini adalah hari yang menggembirakan bagi ahli-ahli KRS sekolah kita. Kita keluar sebagai naib juara dalam pertandingan kawad kaki KRS kategori laki-laki anjuran PPD Pontian. Sungguh membanggakan. Tahniah!

Istilah bermuafakat dan berpakat membawa berkat memang betul dan itulah yang diamalkan oleh ahli-ahli kawad kaki ini dimana ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli pasukan KRS dan juga kepada Cikgu Hatta yang tidak jemu-jemu berlatih walaupun ada kekangan semasa berlatih. Kejayaan anda membanggakan kami warga SMKTK. Syabas!