Hari ini 16 Mei 2011 adalah hari yang dinantikan oleh warga pendidik dan pelajar-pelajar kerana hari ini adalah Hari Guru. Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada cikgu-cikgu kami di SMK Telok Kerang.
![]() |
Guru-guru SMKTK sedang memotong kek Sambutan Hari Guru. |
Di SMKTK Sambutan Hari Guru bermula pada pukul 7.15 pagi. Sambutan pada tahun ini dimeriahkan oleh guru-guru yang berpakaian sedondon berwarna oren. Dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' diharapkan warna yang meriah itu akan merangsang dan menyemarakkan usaha guru sebagai penjana transformasi pendidikan.
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" memerlukan setiap warga pendidik untuk memperbaharui niat yang ikhlas dalam diri demi memberikan sumbangan terbaik kepada anak bangsa dan mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, kreatif serta inovatif bukan sahaja dari aspek material, kognitif, sosial, ekonomi atau komunikasi; akan tetapi yang lebih penting aspek spiritual atau kerohanian.
Peranan guru dan pendidik amat diperlukan untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi negara ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi. Gguru memainkan peranan amat penting untuk memastikan kejayaan proses transformasi itu tercapai. Guru diharapkan bekerja dengan lebih keras dan bersama-sama membantu kerajaan dalam melaksanakan aspirasi negara kerana hubungan rapat para guru dengan pelajar sejak dari peringkat awal. Guru menggalas cabaran pendidikan pada masa kini melalui perubahan transformasi teknologi maklumat. Sikap dan perkembangan minda pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa. Semua ini memerlukan pergorbanan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan global.
Tema ini mengingatkan kita pentingnya peranan guru sebagai penjana transformasi pendidikan negara yang memikul semua perancangan pendidikan dirancang kerajaan. Mereka bukan hanya berperanan mendidik, malah melakukan transformasi seiring aspirasi negara seterusnya melaksanakan matlamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu.
1 comments:
Write commentsTanpa guru siapalah saya....
Reply