10 September 2011

HARI RAYA AIDILFITRI KELUARGA SMKTK

Pagi tadi bertempat di Kerang Cafe di adakan majlis Hari Raya Aidilfitri keluarga SMKTK.  Majlis yang bermula pada pukul 9.30 pagi dimulakan dengan ucapan hari raya oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Hamid Abu Bakar. Selepas itu guru-guru, kakitangan dan kakitangan swasta bersama-sama berselawat beramai-ramai. Acara kemuncaknya ialah menjamu selera dengan juadah yang istimewa seperti ketupat, burasak, lepat lui, rendang dan berbagai juadah lain.

Majlis dan jamuan itu bertambah berseri dengan telatah anak-anak yang mengambil bahagian mewarna di astaka.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.








SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :