11 September 2011

KADET POLIS SMK TELOK KERANG MENJUARAI PERTANDINGAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH PONTIAN KATEGORI UNIT BERUNIFORM

Hari
Kemerdekaan 
Malaysia
disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan.


Kemerdekaan negara merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Semoga negara kita Malaysia aman, damai dan muhibah dalam keadaan tenteram serta kondusif. Semoga semangat se malaysia kekal dalam hati setiap rakyat. 1MALAYSIA:TRANSFORMASI BERJAYA,RAKYAT SEJAHTEARA.


Oleh kerana pada tahun ini, hari Kebangsaan jatuh pada Hari Raya Aidilfitri, maka sambutan di peringkat nasional akan di adakan pada 16 September 2011 manakala di peringkat daerah Pontian ianya diadakan pada hari ini, Ahad 11 September 2011.


Pada tahun ini sekali lagi Pasukan Kadet Polis SMK Telok Kerang diberi kepercayaan untuk mewakili Pasukan Kadet Ppolis Derah Pontian dalam pertandingan perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat daerah Pontian kategori unit beruniform. Pertandingan tersebut disertai 9 pasukan beruniform; Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pergerakan Puteri Islam, Pergerakan Pengakap, Pengakap Laut, St. John Ambulance, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Bersatu Malaysia dan  Pergerakan Pandu Puteri. Kadet Polis SMK Telok Kerang tidak mengecewakan harapan apabila ia dinobatkan selaku juara dalam pertandingan itu. Tahniah!


Acara sambutan ulang tahun hari kemerdekaan itu dimulakan dengan perarakan perbarisan anggota beruniform seperti PDRM, Askar Wataniah, Pasukan Pertahanan Awam,  Pasukan Bomba dan Penyelamat dan  RELA. Ia diikuti oleh perbarisan unit-unit beruniform sekolah di hadapan YB Datuk Haji Maulizan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan & Koperasi, Pelajaran dan Pelajaran Tinggi Negeri Johor yang mewakili Menteri Besar Johor. Di belakang anggota beruniform dan unit-unit beruniform adalah kontinjen-kontinjen ajensi-ajensi kerajaan, mukim, pihak swasta dan lain-lain.


Pemenang pertandingan perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat daerah Pontian kategori unit beruniform:
  • Johan - Kadet Polis SMK Telok Kerang.
  • Naib Johan - Pengakap Laut SMK dato' Ali Haji Ahmad.
  • Ketiga - Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Sri Kukup.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shamsul Sazali, Cikgu Hasan Kasmuri dan Cikgu Mohd Hatta yang menguruskan pasukan dan kepada semua ahli Kadet Polis yang memberi komitmen untuk menyertai perbarisan. 














SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :