Mengapa minda kita lemah? Minda yang lemah akan mempengaruhi mental dan juga fizikal seseorang. Sebagai murid sekolah yang rutin kehidupan sehariannya memerlukan kekuatan mental dan fizikal, seharusnya kelemahan minda harus dibuang jauh-jauh.
Antara penyebab minda kita lemah ialah:
- Makan kepala ikan.
- Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Makan makanan ringan dan makanan segera.
- Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi.
- Makan bawang mentah.
- Makan makanan atau buah yang masam secara kerap (jeruk/asam).
- Pengambilan kafein yang terlalu banyak (kopi ).
- Minum antara suapan makan, maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
- Minum minuman bergas dan beralkohol.
- Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju , gusti, dan sebagainya.
- Merokok.
- Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
- Tidur pada waktu asar.
- Kurang tidur.
- Tidur pada tengkuk (belakang kepala).
- Fikiran runsing, stress dan hati sedih.
- Melakukan maksiat dan dosa.
- Tekanan darah tinggi.