01 November 2011

PROJEK FERTIGASI: HARI INI PELAJAR-PELAJAR LN 'HARVEST' SAYUR-SAYURAN

Hari ini murid-murid Tingkatan 5 LN mengutip hasil tanaman sayur-sayuran yang ditanam secara fertigasi. Mereka bersama murid-murid pendidikan khas menanam sayur seperti bayam, sawi dan kangkung dalam polibeg di bawah RPH. Cara penanaman yang mudah dan bersih itu menjadikan mereka seronok untuk berkebun. Tanam dan tinggal. Kerja-kerja merumput tak perlu dilakukan. Kerja pengairan larutan baja dijalankan oleh 'water pump' yang dikawal oleh 'timer'.  Setiap seorang bawa balik sayur ikut yang diorang mahu. Lepas ni mereka makan sayur berulamkan nasi...








SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :