Hari ini kumpulan pelajar Ting. 4 Landskap bersama Cikgu Hasan Kasmuri bergotong-royong membantu guru dan pelajar pendidikan khas membuat tapak batas penanaman sayur-sayuran. Mereka mengikat blok-blok bata untuk menjadi kepungan batas yang kelak akan diisi dengan medium penanaman. Cara ini lebih menjimatkan medium dan mudah membuat penyenggaraan tanaman. Selepas selesai kerja, mereka bergotong-royong pula makan nasi lemak. Seorang dapat dua bungkus. Kenyang...errkk...alhamdulillah.