Pagi ini, pagi Jumaat yang amat dinanti, telah diadakan majlis perlantikan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan ketua tingkatan. Inilah tiga badan yang sangat membantu guru-guru dalam melaksanakan misi dan visi sekolah.
Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Arbaenah bt Masud, Guru Penolong Kanan 1. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. Arbaenah bt Masud.
Tujuan diadakan majlis ini tak lain tak bukan adalah melantik dan memberi pengiktirafan kepada pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan ketua tingkatan yang banyak membantu pihak sekolah.
Ketua Pengawas: Saleeha Aswat bt Alee Abu Thaleeb
Penolong Ketua: Nor Mihamad Maczellan b Sulaiman
Penolong Ketua: Masroha bt Sukatno
Setiausaha: Nurin Fauzan bt Rusdi
Penolong Setiausaha: Nur Aqilah bt Abd Halim
Bendahari: Nur Anisah bt kaman
Penolong Bendahari: Nur Atiqah Syahirah bt Abdul Shukor
...dan 28 ahli jawatankuasa.
Tahniah diucapkan kepada semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan ketua tingkatan atas perlantikan ini. Jalankanlah tanggung jawab dan amanah yang diberi dengan jujur, ikhlas dan penuh dedikasi.
|
Ust. Sukri Osman mengetuai bacaan doa. |
|
Ketua Pengawas Sekolah,
Saleeha Aswat Bt Alee Abu Thaleeb. |
|
Ketua Pengawas Pusat Sumber,
Siti Norhanisah Bt Abd Rahim. |
|
Saleeha Aswat Bt Alee Abu Thaleeb menerima sijil perlantikan. |
|
Pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan ketua darjah. |
|
Pengawas sekolah menerima sijil perlantikan. |
|
Barisan pengawas sekolah. |
|
Pengawas Pusat Sumber menerima sijil perlantikan. |
|
Barisan pengawas Pusat Sumber. |