26 June 2012

PERTANDINGAN J-ROBIK DAERAH PONTIAN 2012



Dengan semangat juang, mereka melangkah masuk ke Dewan Teknokrat, Kolej Matrikulasi Teknikal Johor untuk mempersembahkan gerakan-gerakan penuh bertenaga dalam J-robik selama 35 minit. Inilah julung-julung kalinya kumpulan 15 orang pelajar ini yang mewakili sekolah masuk ke pertandingan J-Robik Daerah Pontian. Pertandingan ini diadakan pada hari Sabtu 26 Jun 2012. Sebelum ini mereka tak tahu pun apa itu J-robik. Namun, dengan berkat kesabaran jurulatih import yang mengajar dan melatih mereka selama hanya 4 hari sahaja, mereka dapat memberi persembahan yang cukup menarik. Tahniah!. Tahun depan kita berlatih lebih awal untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita.





SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :