28 June 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-39 2012

Hari ini suasana di padang SMKTK meriah dengan sorakan penyokong rumah masing-masing. Masing-masing memberi sokongan padu terutama apabila acara tarik tali dipertandingan. Itulah suasana sebenar apabila kejohanan olahraga tahunan diadakan. Rumah Biru masih lagi mengungguli kejohahan apabila muncul juara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan ahli-ahli Rumah Biru. Namun demikian pujian harus diberi kepada Rumah Hijau yang pada suatu ketika ketinggalan di kedudukan ke-3 selepas sukantara, telah memintas Rumah Kuning untuk menjadi naib juara di belakang Rumah Biru.

Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut:

Johan merentas desa:  
Rumah Biru

Naib Johan merentas desa:  
Rumah Kuning

Johan sukantara:  
Rumah Biru

Johan Kategori Lelaki:  
Lelaki A - Rumah Hijau 
Lelaki B - Rumah Biru
Lelaki C - Rumah Hijau

Johan Kategori Perempuan:
Perempuan A - Rumah Biru
Perempuan B - Rumah Hijau
Perempuan C - Rumah Biru & Rumah Kuning

Tarik tali:
Johan - Rumah Kuning
N. Johan - Rumah Biru

Olahragawan:
Mohd Zulfaqar Zaini - Rumah Hijau

Olahragawati:
Nor Amanina Rosman - Rumah Kuning

Pingat Emas Terbanyak:
Rumah Hijau - 10 emas

Jumlah mata:
Rumah Biru - 268 mata
Rumah Hijau - 240 mata
Rumah Kuning - 221 mata
Rumah Merah - 171 mata

Juara keseluruhan - Rumah Biru
Naib Juara keseluruhan - Rumah Hijau





















SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :