06 February 2013

BERLATIH SUKAN DI BAWAH GUMPALAN AWAN MENDUNG

Petang tadi guru-guru dan ahli-ahli Rumah Hijau dan Rumah Kuning menjalani latihan sukan di padang sekolah. Yang menariknya, mereka berlatih dalam keadaan alam sekeliling yang menakjubkan di mana di atas mereka adalah gumpalan awan mendung yang gelap manakala suasana dan keadaan di padang begitu hening sekali. Bersyukur ke hadrat Allah SWT di sepanjang latihan itu hujan tak turun lagi. Selepas 1 jam mereka menamatkan latihan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, hujan turun selebat-lebatnya sehingga malam. Manusia hanya merancang, Allah SWT yang menentukan segala-galanya...







SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :