06 February 2013

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI MOHD SHAH B SAIRAN DAN CC EN. AMIN B SULAIMAN

Pada pagi Jumaat yang ceria ini telah berlangsung majlis persaraan Cikgu Haji Mohd Shah b Sairan dan CC En. Amin b Sulaiman. Kedua-duanya telah pun bersara pada Disember 2012 yang lalu setelah memberi perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan lebih daripada 30 tahun yang lalu. Dalam majlis itu kedua-dua orang yang diraikan itu telah memberi ucapan dan menyampaikan cerita-cerita kenangan semasa mereka bertugas sebagai seorang guru sekolah dan sebagai seorang kerani (CC) sekolah.

Kami mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Mohd Shah b Sairan dan kepada CC En. Amin b Sulaiman.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Gunung Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama tuan seorang

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai









SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :