Bola sepak adalah permainan yang sangat digemari. Ia juga satu permainan yang lebih menarik berbanding permainan yang lain. Ramai orang meminati bola sepak. Ada yang telah menganggap bola sepak adalah
sebahagian dari hidup mereka sama ada dewasa atau kanak-kanak seolah-olah
bola sepak seperti lumrah dalam kehidupan mereka.
Sukan bola sepak juga diminati oleh guru-guru sekolah ini sama ada mereka guru muda atau guru veteran. Masing-masing begitu ghairah bercerita mengenai bola sepak lebih-lebih lagi dengan semangat yang di bawa oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam kancah Liga Super.
Jadi pada Hari Guru tahun ini, guru-guru sekolah ini telah menubuhkan dua pasukan bola sepak yang dinamakan pasukan JDT dan pasukan Johor Lama. Kedua-dua pasukan ini berentap di padang sekolah pada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Keputusan rasmi perlawanan timbal-balik itu telah dimenangi oleh pasukan JDT dengan aggregat 3-2. Tahniah...