Cahaya berwarna-warni menyinari kawasan sekolah menjelang detik 12.00 malam sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Esok 31 Ogos 2013 adalah ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56. Ambang merdeka itu disambut dengan kehadiran lampu-lampu berwarna-warni dan kibaran banyak bendera Malaysia 'Jalur Gemilang' dan bendera negeri Johor yang di kibarkan di merata tempat di kawasan sekolah.
56 tahun yang lalu, di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka!Merdeka!Merdeka! Laungan ini disahut oleh penduduk Tanah Melayu yang bersama-sama
dengan Tunku yang berasa sungguh terharu dan amat gembira akhirnya Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan selepas beratus tahun di bawah penjajah
asing.
Tarikh 31 Ogos 1957 yang ulang tahunnya disambut eok cukup
bermakna bagi rakyat negara ini kerana ia menandakan kita telah bebas
daripada cengkaman penjajah British. Detik kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diputuskan pada tanggal
tarikh berkenaan selepas Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dan beberapa pemimpin UMNO lain meminta pandangan
Mufti Pulau Pinang ketika itu yang juga ahli falak, Sheikh Abdullah
Fahim.