Kesan Kepada Fizikal
- Belajar di saat akhir memang memerlukan tumpuan yang banyak serta keupayaan untuk membaca, mengingat dan menterjemah kembali hasil pembelajaran. Anda akan lebih banyak memperuntukkan masa untuk menelaah pelajaran pada waktu akhir ini.
- Keadaan ini memungkin waktu rehat anda juga digunakan untuk mengulangkaji. Tidak hairanlah rami pelajar yang belajar pada saat-saat akhir mudah diserang penyakit serta menjadi lesu sewaktu peperiksaan.
Kesan Kepada Mental
- Terlalu banyak input yang hendak dimasukkan dalam masa yang singkat boleh menyebabkan keletihan otak.
- Keadaan ini berlaku apabila anda merasakan pembelajaran menjadi tidak efektif kerana apa yang dibaca tidak dapat diingati serta diterjemahkan dalam bentuk kefahaman.
- Selain itu pelajar akan mengalami kekeliruan fakta ketika berada dalam situasi peperiksaan.
Kesan Kepada Emosi
- Masa yang suntuk memengnya memberi tekanan kepada pelajar kerana terlalu banyak subtaju yang masih belum divbaca dan difahami serta belum dihafal.
- Tekanan ini menyebabkan pelajar menjadi murung , cepat marah dan aggresif dan sukar ntuk berasa selesa. Masalah ini memang memberi kesan sehingga ada yang melakukan tindakan di luar kawalan.
Namun sekiranya anda kemahiran belajar pada saat akhir, kemungkinan besar untuk menghadapi ini rendah. Bagaimanapun memang tidak digalakkan untuk pelajar menjalani aktiviti belajar pada saat akhir kerana ia memberikan implikasi yang kurang baik pada mental, fizikal dan emosi pelajar. Sehebat manapun teknik yang diberikan untuk belajar pada saat akhir, ia tidak memungkinkan pelajar berasa selesa dan mudah untuk menghadapinya. Namun sekiranya terpaksa bolehlah digunakan tip belajar di saat akhir.
Semoga kita cuba memperbaiki teknik pembelajaran supaya menjadi lebih baik. Mulakan usaha anda dengan senyuman.
1 comments:
Write commentsulasan yang baik tuan
Reply