Pagi tadi telah berlangsung Majlis Graduasi Ke-3 Tahun 2013. Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi
daripada pihak sekolah kepada putera dan puteri SMK Telok Kerang yang berjaya menamatkan
pembelajaran di alam persekolahan selama 5 tahun di sekolah ini, Seramai 137 orang
pelajar tingkatan 5 akan di graduasikan pagi lagi.
Majlis graduasi tahun 2013 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan
puteri-puteri SMK Telok Kerang sebagai peransang kepada mereka untuk mencapai
kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang
akademik.
Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia
penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan. Diharapkan ia dapat di
jadikan obor semangat kepada para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih
gemilang pada hari mendatang.
Kepada para graduan SMK Telok Kerang, di harap sentuhan majlis ini juga
dapat membuatkan anda putra dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan
yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMK Telok Kerang. Kami
berharap, anda putra dan puteri dapat mencurahkan jasa dan bakti kepada
bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar mengakhiri sesi pembelajaran
bersekolah di SMK Telok Kerang.