16 November 2013

SELAMAT BERCUTI



Hari ini cuti panjang dah bermula. Percutian sekolah boleh dikategorikan kepada:
  1. Percutian yang bermanfaat dan menguntungkan 
  2. Percutian yang biasa sahaja 
  3. Percutian yang sia-sia lagi merosakkan

Rancanglah percutian ini agar ia membawa cuti yang bermanfaat dan penuh bermakna. Banyak perkara yang boleh dirancang, di antaranya :
  1. Pergi ke kedai-kedai buku atau perpustakaan bagi menambah pengetahuan am anak-anak.
  2. Mengikuti program out-door bagi menambah skil insaniah remaja. 
  3. Membiasakan pergi dan beribadah ke surau atau ke masjid untuk bersolat secara berjamaah.
  4. Bercuti ke tempat-tempat pelancongan atau tempat bersejarah bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping menambah pengetahuan am. 
  5. Bercuti ke kampung atau melawat ahli keluarga satau saudara mara bagi menguatkan hubungan persaudaraan yang semakin hari kian luntur. 
  6. Berjoging atau beriadah atau berenang sekurang-kurangnya selama sejam dalam setiap minggu. 
  7. Mengikuti kelas atau kursus hafazan al quran, imam dan bilal muda, kem solat dan sebagainya.
  8. Mengikuti kelas bahasa atau seni mempertahankan diri dan sebagainya. 
  9. Bertemu dan berkenalan dengan tokoh atau individu yang menjadi ikon agar dapat mencedok semangat dan motivasi melalu pertemuan seumpama ini. 
  10. Mendidik diri sendiri berdikari atau menemani ayah ibu yang bekerja bagi menambah pendapatan di samping mengenal penat lelah orang tua yang cuba membesarkan mereka dengan sebaik mungkin. 
  11. Pastikan sebelum habis musim percutian, bahawa anak-anak sekolah ini mengetahui dan faham tentang erti kehidupan dan mereka akan memulakan fasa kehidupan yang akan datang dengan keinsafan dan lebih bersemangat.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :