17 April 2017

Lawatan Muhibah Mengejut Bekas Murid SMKTK Sesi 1973/74



Lawatan muhibah tanpa perancangan oleh empat orang bekas murid SMKTK sesi 1973/74 telah menjadi kenyataan pada hari Isnin, 10hb April 2017.  Lawatan ini terpaksa dilaksanakan selepas hajat sebelum ini untuk merasmikan mesyuarat PIBG kali ke-40 pada bulan Mac 2017 yang lalu tidak dapat direalisasikan kerana urusan perniagaan di luar negara.  Mereka terdiri daripada Dato' Seri Tan Soon Huat, En. Teng Seng Meng, En. Tang Hung Meng dan En. Kang Chong Hoi.

Sedikit perbincangan berkaitan usaha mereka untuk memberi sumbangan kepada sekolah turut diadakan.  Tahniah atas kejayaan mereka dan terima kasih kerana sudi menjenguk kami di sini.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :