17 April 2017

Tahniah..Ke-4 Dalam Pertandingan Bola Sepak B18 MSSD Pontian 2017


Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan mereka yang telah membantu pasukan bola sepak B18 SMKTK sehingga mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan bola sepak B18 daerah Pontian tahun ini.  Perlawanan peringkat awal telah diadakan di beberapa lokasi yang berbeza.  Perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir telah diadakan di padang SMK Kayu Ara Pasong, Pontian.  

Perlawanan peringkat kumpulan, SMKTK telah menewaskan SMKTOMS (7:0), SMA Maahad (3:1) dan SMKPB (3:1).  Walaubagaimanapun, pada peringkat separuh akhir, SMKTK tewas kepada SMKDMYS dengan 1:2 dalam perlawanan yang mecabar kerana keadaan padang yang basah dan berlumpur.  Manakala perlawanan bagi menentukan kedudukan ke-3 dan ke-4 telah dimenangi oleh SMKPB melalui sepakan penalti.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang membantu..cuba lagi tahun 2018.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :